9 July 2012

Nota Keras Buat Hadek-Hadek Terchenta

[Kredit]

"Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim dingin dan panas. 

Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan (pemilik) rumah ini (Kaabah), yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan."
[Quraisy, 106:1-4]

Surah Quraisy ini cukup pendek dan padat. Tapi mesej yang terkandung di dalamnya cukup berkuasa lagi berbisa.

Ia mengisahkan bagaimana Allah memberikan pelbagai jenis nikmat dan kelebihan kepada kaum Arab Quraisy, segolongan bangsa yang amat dihormati lagi digeruni. Dan nikmat-nikmat dan kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Quraisy sebuah bangsa yang bukan sahaja kaya dan makmur, malah terbilang dan berpengaruh.

Peristiwa tentera bergajah Abrahah yang dihancurkan oleh tentera-tentera Allah menjadikan reputasi kaum Quraisy melonjak lagi. Kini persepsi masyarakat di sekitar semenanjung Arab adalah Quraisy sebagai sebuah bangsa yang kebal dan dilindungi Tuhan; tiada siapa yang boleh mengganggugugat atau merampas kedudukan dan status mereka. Sesiapa sahaja yang cuba untuk mengganggu atau mengancam Quraisy pastilah akan dipanah petir atau dimakan raksasa gorgon yang berbulu lebat dan bertaring dua belas yang tiba-tiba keluar dari timbunan pasir gurun jazirah Arab. Err.

Oleh sebab itu, atas semua nikmat dan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada mereka ini secara percuma, maka Allah mengkehendaki tidak lebih daripada mereka tunduk dan patuh kepadaNya. Tiada  yang lain dipinta oleh si Pencipta Alam Semesta melainkan agar mereka ini mengEsakan Allah yang satu dan tidak menyembah berhala-berhala yang ada. Ini adalah satu arahan dan permintaan yang amat adil lagi saksama, apatah lagi Dialah yang "menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari rasa ketakutan" di kalangan orang-orang Quraisy.

Malangnya, kaum Quraisy menjadi angkuh dan sombong dengan kelebihan-kelebihan yang ada pada mereka. Disebabkan nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada mereka ini, mereka merasakan merekalah yang plaing hebat dan berkuasa, sehingga mampu untuk menentukan Tuhan manakah yang patut mereka sembah dan muliakan. Astaghfirullah.. Maka bermulalah zaman jahiliyyah tegar yang bermaharajalela; arak dan zina ibaratnya seperti makan nasi dan mandi tiga kali sehari (err..), wanita dilayan seperti dadih perisa cokolat yang dijual di pasar malam, peperangan disebabkan oleh perkara-perkara yang remeh dan tidak berfaedah, penipuan dan pendustaan dalam jual-beli ibaratnya membeli sebuah laptop di Low Yatt, berlebih-lebihan dalam berhias dan bermacam-macam lagi perbuatan ingkar yang dilakukan oleh mereka sebagai manifestasi kepada kekufuran mereka terhadap nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan.

Mereka yang merupakan bangsa terpilih, yang dilimpahkan dengan pelbagai kurniaan, nikmat dan kelebihan, akhirnya menjadi bangsa dan kaum yang dihina akibat keingkaran mereka taat dan patuh kepada perintah Allah dan keangkuhan mereka untuk tunduk kepadaNya.

Uhm uhm.

Post ini ditulis khas oleh saya buat hadek-hadek Kolej Maha Busy yang terchenta, yang baharu sahaja mendapat keputusan peperiksaan agung mereka pada minggu lepas. Alhamdulillah, syukur atas segala limpah dan kurniaNya, sebahagian besar daripada mereka telah lulus dengan cemerlang untuk terbang dengan riang gembira ke luar negara. Malah jujur saya katakan, saya sedikit terkejut dengan kecemerlangan yang telah ditunjukkan oleh mereka. Saya hampir-hampir mahu mengalirkan air mata kemachoan ketika pertama kali mendengar keputusan peperiksaan sebahagian besar daripada mereka. Ehem.

Seorang hadek ketika menghantar mesej pesanan ringkas kepada saya dengan suksesnya telah mentafsirkan dan menyimpulkan apa yang saya rasakan ketika itu:

"Salaam abg [Inche gabbana]. Alhamdulillah result ok. Lepas requirement jpa ;) sape kate join usrah x leh bjaya?! Ikhwah2 lain pon stakat yg tau ni sume lpas.."

Benar, siapa kata buat dakwah dan tarbiyah itu tidak bergaya...?? Eh.

Sungguh, Allah itu Maha Besar! Dia pasti akan menolong dan mempermudahkan urusan mereka yang sanggup berkorban demi agamaNya! Dia pasti akan membayar secara tunai untuk mereka yang rela menghabiskan masa, tenaga, harta dan jiwa hanya demi semata-mata kerana chentakan agama ini..!

Malah saya masih ingat bagaimana salah seorang hadek menceritakan kepada saya, malam sebelum dia menghadapi peperiksaan subjek Matematik, antara subjek yang banyak membuatkannya garu kepala, dia masih membawa bulatan gembira untuk hadek-hadeknya. Dan Maha Suci Allah, pemilik seluruh alam semesta, esoknya ketika duduk menjawab soalan peperiksaan tersebut, tidak pernah lagi dia merasakan begitu mudah dan dipermudahkan untuk menjawab semua soalan yang ditanya.

Senyum, air mata mengalir perlahan.

Kejayaan yang dicapai hadek-hadek ini merupakan hujah bahawa stadi bukanlah penghalang kepada dakwah. Malah mereka berjaya pula membuktikan bahawasanya, dengan melakukan dakwah dan tarbiyah sesungguhnya, sehingga hidung kembang sehingga ke telinga, itulah formula dan resipi rahsia untuk berjaya. Saya sendiri menjadi saksi betapa hadek-hadek ini begitu seriyes, komited dan bersungguh-sungguh dalam memikul tugas dan tanggungjawab Syahadatul Haq mereka. Dan saya juga menjadi saksi betapa stadi, kerja-kerja kursus dan sebagainya tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka ini bergerak laju bersama-sama dengan gerabak dakwah ini.

Ya, saya menjadi saksinya!

Maka kejayaan mereka mendapat keputusan yang cemerlang lagi gemilang bukan sekadar berita gembira yang biasa-biasa. Ia adalah manifestasi, bukti bahawasanya sesiapa sahaja boleh berjaya sekiranya mereka bersungguh-sungguh mahu menggapainya. Dakwah dan tarbiyah tidak wajar dipersalahkan sekiranya seseorang itu gagal mendapat keputusan seperti yang diimpikannya. Kerana hadek-hadek ini dengan penuh bergayanya telah pon membuktikan bahawa anda yang semua keluar (Baca: All-out) dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ini sebenarnya boleh berjaya!

Pada masa yang sama, jangan biarkan kejayaan ini menjadikan anda angkuh dan lupa diri. Berkali-kali saya ingatkan pada mereka, nikmat itu satu ujian dan ujian itu juga merupakan suatu nikmat. Boleh jadi kejayaan yang mereka perolehi ini merupakan fasa baru dalam perjalanan mereka menempuhi jalan dakwah yang penuh dengna onak duri ini. Boleh jadi Allah sengaja mahu menguji mereka; jika selama ini mereka sudah puas diuji dengan ujian ukhuwwah, ujian pengorbanan, ujian kepercayaan dan sebagainya, kali ini Dia mahu uji mereka ini dengan ujian kesenangan pula.

Kerana ramai yang bisa bertahan, terus kuat apabila diuji dengan ujian kesusahan dan keperitan. Tetapi ramai yang pantas gugur dan tersungkur apabila dijentik dengan ujian-ujian kesenangan dan kejayaan. Gulp.

Yang lebih utama daripada itu, sekarang mereka tidak punya lagi alasan untuk tidak benar-benar semua keluar dalam berdakwah dan mentarbiyah. Sekiranya dahulu mereka mungkin pernah ragu-ragu dengan kemampuan dan kapasiti mereka untuk berbulatan gembira, membawa bulatan gembira, hujung minggu ke konferens riang dan entah pelbagai lagi tok nenek aktiviti-aktiviti dakwah dan tarbiyah yang perlu mereka galasi dan pada masa yang sama cemerlang dalam stadi mereka, kini keraguan dan kesangsian itu sudah pon dihancurlumatkan. Kini mereka telah meyakinkan diri mereka sendiri bahawasanya tiada masalah untuk mereka aktif berdakwah dan mentarbiyah, dan pada masa yang sama menjadi kebanggaan ibu bapa dan cikgu-cikgi.

Semuanya kerana sepotong mantera sakti yang menjadi azimat dan pegangan:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
[Muhammad, 47:7]


Jangan sesekali terjebak dengan perangkap yang telah menjerat orang-orang Quraisy; nikmat dan kurniaan yang telah Allah kurniakan kepada mereka telah mengelabui mata dan hati mereka, sehingga tergamak mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jangan biarkan kejayaan anda dalam hekzem kali ini menjadikan anda takabbur dan hidung tinggi, sehingga anda tidak mahu lagi keluar ke medan jihad menyentuh hati-hati di luar sana. Dan jangan disebabkan oleh keputusan hekzem dunia yang sebenarnya tidak punya nilai di sisiNya itu, menjadikan anda lupa dan lalai daripada fokus anda memenuhi tujuan hidup selayaknya sebagai abdi dan khalifahNya!

Tahniah sekiranya keputusan cemerlang ini menjadikan anda lebih beriltizam rambut shiuu shiuu ditiup angin semangat untuk terus tsabat dan istiqamah di jalan ini!

Tetapi takziah sekiranya keputusan peperiksaan anda telah menjadikan anda lupa diri dan hanyut dengan puji-pujian manusia, lantas alpa dan leka dengan kerja-kerja mentarbiyah manusia!

Jangan jadi seperti orang-orang Quraisy, yang dibutakan mata hati mereka, dek keghairahan merebut nikmat-nikmat dunia yang fana dan tak kekal lama! Tapi jadilah hambaNya yang bersyukur, yang melihat setiap perkara di sekelilingnya sebagai ingatan dan pesanan chenta agung dariNya!

Sujud. Sujud pembebasan, penuh kesyukuran.

-gabbana-

Kepada hadek-hadek yang mungkin kechiwa dengan keputusan peperiksaan anda, bersabarlah kerana sabar itu baik untuk anda. Dan percayalah, walaupon mudah untuk saya mengatakannya, itulah yang terbaik untuk anda ketika ini di masa ini. Yakinlah bahawasanya Dia lebih mengetahui apa yang baik untuk anda.

Boleh jadi keputusan cemerlang yang diperolehi rakan-rakan anda itu tidak baik untuk mereka (na'udzubillah), manakala keputusan anda yang sedikit kureng itulah yang akan memacu anda untuk memburu redhaNya dengan lebih bergaya! Wahai!

Bersabarlah dan redhalah dengannya, ok? Senyum, tepuk bahu.

Dan oh, walaupon post ini saya nukilkan khas buat hadek-hadek Kolej Maha Busy, silalah makan cili dan terasa pedasnya tahu?? Wahahaha. Aman, tanpa perang.

9 Caci Maki Puji Muji:

~daLucky0ne~ 09/07/2012, 17:42  

heyya....dakwah no 1, stdy bkn no 2 ;p

mutiara bd 09/07/2012, 18:27  

menarik,

boleh cerita dakwah dan kerjaya pulak??

permintaan je. kalau tak boleh takpa la..

ViSiTmE@FaTiN CoRnEr 09/07/2012, 18:40  

alhamdulillah..refreshing..hehe..

Anonymous 09/07/2012, 18:56  

SubhanaAllah...
sye cemburu pada akhi yang mampu membawa adik2 yang hebat.
bole x akhi bg tips ckit pada saya?

ana-'abid 09/07/2012, 23:28  

ana pernah menjadi pelajar seangkatan dengan Kolej Maha Busy adik2 nta..cuma,bezanya, kesusahan di situ yg mmbawa ana kpd d n t..dan w'pun ana hny terkandas di tanah air, namun, Allah didik ana dgn pujukan yang Maha Halus..itu yg mmbuatkan ana lebih tsabat ats jln ini, ana mjadi smakin faham akan d n t..

ketahuilah, ana mungkin tak berpeluang terbang ke sana,
tapi Allah dah 'terbang'kan hati ana pada Dia...

Anonymous 10/07/2012, 16:34  

Kalaulah adalah anak usrah anta yang akan ke UK, anda siapkanlah diri die baik2. Ana taw yg dakwah kat uk sangat mencabar. Kemungkinan pergi daurah kat sne pun mungkin susah nak rase roh tarbiah. Tp InsyaAllah, selagi hatinya nak kepada DnT, InsyaAllah Allah akan pegang hatinya. Ana doakan yg terbaik utk perjuangan dakwah dan tarbiah adik2 anta dan anta juga. :)

Saya Yang Terasa Pedasnya 11/07/2012, 19:11  

Insyallah. Mintak doakan kami terus tsabat di jalan ar Rasul ini ;')

fygfyugfyufgyu 12/07/2012, 03:06  

hmmm....

NORA BELLA 12/07/2012, 15:04  

PERGH...touching sungguh inche gabbana ini

Related Posts with Thumbnails
"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh...

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang Agung."

-At Taubah, 9:111

  © Blogger template 'Ultimatum' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP